• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Fattah, Fazura lancar lagu duet berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’
08 October 2024 | 02:37 PM

Fattah, Fazura lancar lagu duet berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’

Berita terkini mengenai bekas pasangan sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura menarik perhatian ramai. Walaupun kisah perceraian mereka masih hangat diperkatakan, mereka akan melancarkan lagu duet baru berjudul "Bertahan Demi Cinta".

Lagu ini akan dilancarkan pada 10 Oktober ini di semua platform digital, menurut pengumuman oleh Hits Records, sebuah label rakaman dari Indonesia.

Lagu ini dikompos oleh Ippo Hafiz dan telah dirakam ketika Fattah dan Fazura masih suami isteri.

Dalam hantaran di Instagram, label tersebut juga berkongsi teaser lagu, namun reaksi netizen berbeza-beza. Ada yang berpendapat bahawa melancarkan lagu ini pada waktu sekarang kurang sesuai, mengingat isu perceraian mereka yang masih hangat.

Untuk makluman, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie pada 2 Oktober lalu. Fazura memfailkan perceraian pada 13 September 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Pasangan ini berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Oh Bulan!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok