• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

68 kebakaran terbuka di Sarawak, kes naik mendadak
29 July 2024 | 02:09 PM

68 kebakaran terbuka di Sarawak, kes naik mendadak

KUCHING - Trend kebakaran terbuka di Sarawak mencatatkan peningkatan mendadak dalam tempoh enam hari sejak Isnin lalu, sekali gus menjadi kebimbangan kepada pasukan bomba dan penyelamat.

Timbalan Pengarah Bomba Sarawak Tiong Ling Hii, berkata setakat semalam, sebanyak 68 kes direkodkan dengan melibatkan keluasan 59.066 hektar.

“Jumlah kes kebakaran terbuka yang tertinggi dicatatkan adalah pada semalam iaitu sebanyak 28 kes berbanding 15 kes yang dicatatkan pada hari sebelumnya. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 87 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata Zon Sibu mencatatkan jumlah kes tertinggi setakat semalam iaitu sebanyak 18 kes, diikuti Zon Kuching dan Miri yang masing-masing sebanyak 13 kes.

Selain itu, katanya ialah Zon Samarahan (8 kes), Zon Limbang (6 kes), Zon Bintulu (5 kes) dan Zon Sri Aman (4 kes).

Sumber: Kosmo Online!

Oleh CHERINE JON

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok