• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Sarawak, Sabah 'derita dalam diam' tanggung kos sertai acara di Semenanjung: Abdul Karim
12 July 2024 | 11:26 AM

Sarawak, Sabah 'derita dalam diam' tanggung kos sertai acara di Semenanjung: Abdul Karim

KUCHING: Sarawak dan Sabah selama ini terpaksa menanggung kos yang tinggi setiap kali menyertai acara kebangsaan di Semenanjung Malaysia.

Perkara itu dinyatakan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai mengulas permintaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar Sarawak menanggung sebahagian kos untuk menghantar kontinjen Kedah ke Sukan Malaysia (SUKMA) ke negeri ini.

Menurut Sanusi, kos untuk menyertai SUKMA kali ini agak tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya, termasuk harga tiket perjalanan dan pengangkutan peralatan.

Tambah Sanusi lagi, kontinjen Kedah perlu membawa beberapa kontena peralatan ke Sarawak dan percaya negeri-negeri lain juga menghadapi masalah yang sama.

"Bagaimana pula negeri-negeri Borneo, seperti Sabah dan Sarawak harus bertahan setiap kali menyertai mana-mana acara kebangsaan termasuk sukan, di Semenanjung Malaysia.

"Kos ditanggung kontinjen dari Sabah dan Sarawak untuk apa sahaja acara sukan, sama ada SUKMA atau liga bola sepak tahunan, antaranya.

"Kita sudah 'menderita dalam diam' setiap tahun kerana mahu mengambil bahagian," katanya kepada The Borneo Post ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Sanusi itu, hari ini.

Abdul Karim menambah,"MB (Menteri Besar) Kedah hanya merendah diri dan menyatakan (perkara itu) secara bergurau, apabila meminta Sarawak menanggung sebahagian daripada kos penghantaran kontinjen Kedah ke SUKMA Sarawak.

"Kedah, negeri yang kaya dengan taman perindustrian, banyak dibangunkan di Kulim. Beliau (MB Kedah) pernah mengatakan negeri itu boleh maju dan berjaya seperti Selangor," katanya.

Justeru, Abdul Karim berpendapat, menghantar kontinjen ke Sarawak untuk SUKMA seharusnya bukan masalah buat Kedah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata, apabila SUKMA diadakan secara bergilir-gilir melibatkan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, kontinjen Kedah tidak berdepan masalah untuk menyertainya kerana mereka mudah bergerak menggunakan bas.

Keadaan ini ujarnya, berbeza dengan kontinjen Sarawak dan Sabah yang terpaksa menanggung kos atau perbelanjaan tambahan kerana para atlet, pegawai dan peralatan perlu dibawa memggunakan pesawat setiap tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua negeri ini tidak pernah merungut, tambahnya.

"Tetapi (bagi) MB Kedah, baru berdepan kekangan kewangan, (beliau) sudah merayu kepada Sarawak untuk menanggung kos," katanya lagi.

SUKMA XXI akan diadakan pada 17 hingga 24 Ogos di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, dan Miri.

Diperkenalkan pada 1986, SUKMA sebelum ini diadakan di Sarawak pada 1990 dan 2016 serta pernah menjadi juara pada 1990, 1992, dan 1994.

Sumber: Utusan Borneo

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok