• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ruhainies nafi tanggung biawak hidup
04 July 2024 | 02:08 PM

Ruhainies nafi tanggung biawak hidup

Didakwa menyara kehidupan Aliff Aziz selepas pelakon itu bercerai dengan bekas isteri, Bella Astillah, Ruhainies menafikan tuduhan menanggung biawak hidup selain menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah berat.

Kata Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Illyas, 31, Aliff Aziz mempunyai sumber kewangan serta simpanan sendiri untuk menanggung keperluannya.

Itu fitnah yang sangat-sangat berat, dan benda itu sudah tentu tidak benar.

“Selama ini Aliff punya tawaran tak henti-henti, takkanlah duit dia cepat habis ataupun sudah tiada,” katanya kepada HibGlam.

Ruhainies memaklumkan perkara itu selepas prosiding pertuduhan kes khalwat membabitkan dirinya dan pelakon, Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai sumber kewangan ketika ini memandangkan sudah tidak banyak lagi tawaran, Ruhainies memaklumkan dia masih mempunyai pekerjaan.

Alhamdulillah saya ada projek macam biasa dan saya tidak mahu kongsi dahulu. Nanti tengoklah di media sosial apa yang saya buat,” ujarnya.

Respons Aliff pula, dia ketika ini berehat terlebih dahulu daripada sebarang tawaran dan menggunakan wang simpanan yang ada.

Alhamdulillah saya masih ada simpanan saya yang sebelum ini dengan tawaran yang ada. Masih ada (duit) dan doakan yang baik baik untuk semua,” ujarnya.

Hari ini, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Sumber: Kosmo Online!

Oleh MUHAMMAD HAIKAL RAMLI dan NUR EMIRA SAIZALI

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok