• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Selepas kena kritik pakaian baharu Kontinjen Malaysia ‘lebih garang
02 July 2024 | 02:39 PM

Selepas kena kritik pakaian baharu Kontinjen Malaysia ‘lebih garang

Selepas berdepan pelbagai kritikan terhadap reka bentuk dan motif pakaian Kontinjen Malaysia yang dilihat tidak menyerlah, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bersetuju menambah baik rekaan baharu yang menampilkan corak belang Harimau ‘lebih garang’ di Olimpik Paris 2024 nanti.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam satu kenyataan berkata, reka corak baharu yang dipilih adalah berlatarbelakangkan warna hitam dengan belang Harimau berwarna kuning yang lebih jelas dan besar di sebelah hadapan dan di belakang jaket.

Tegas Norza, rekaan baharu tersebut turut berlaku perubahan pada logo MOM dengan Jalur Gemilang kembali dilakar mengikut warna-warna bendera Malaysia diiringi lima gegelung Olimpik, berbanding logo MOM berwarna emas yang dipaparkan pada corak terdahulu.

“MOM berasakan bahawa reka corak baharu ini melambangkan semangat Harimau yang sudah menjadi identiti Kontinjen Malaysia sejak kali pertama ia diperkenalkan pada Temasya Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA di Manila pada 2005.

“Adalah menjadi harapan MOM mewakili pemegang taruh termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) agar ‘semangat’ Harimau menjadi inspirasi untuk atlet negara mengaum di kota Paris nanti.

“Untuk kemeja T berkolar berwarna emas, MOM mengekalkan corak dan motif yang sama, tetapi dengan lakaran logo MOM yang berlambangkan warna-warna Jalur Gemilang sebagai tanda menghormati bendera negara,” katanya.

Dalam pada itu, MOM turut menjelaskan bahawa pihaknya mendapat kebenaran daripada pihak penaja Yonex Sunrise Malaysia agar logo Yonex atau YY tidak dipaparkan di kedua-dua jaket dan kemeja T.

“Ini adalah kerana proses untuk Yonex Sunrise Malaysia mencetak dan menyediakan pakaian rasmi ini memerlukan proses perjanjian dengan pengilang sebagai prosedur operasi standard (SOP) jenama itu.

“Maka, Yonex Sunrise Malaysia memberi keizinan khas kepada MOM untuk mencetak dan mengeluarkan jaket ini dengan fabrik pengilang berbeza sebagai pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Paris 2024 disebabkan faktor masa.

“MOM juga amat menghargai kesediaan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menghormati kedudukan MOM sebagai badan payung Persatuan Sukan Kebangsaan yang bebas dan diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebagai Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) sejak 1954.

“Dengan keputusan ini, MOM mengharapkan agar seluruh rakyat Malaysia menghulurkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada semua anggota Kontinjen Malaysia di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024, mulai 26 Julai hingga 11 Ogos nanti,” katanya.

Sumber: Kosmo Online!

Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok