• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Anak Shila disahkan autisme tahap satu
26 June 2024 | 11:47 AM

Anak Shila disahkan autisme tahap satu

KUALA LUMPUR: Anak sulung kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Seth Uwais, 5, disahkan menghidap autisme tahap satu.

Pendedahan itu dibuat penyanyi Memori Tercipta itu menerusi rakaman video dimuat naik dalam Instagram.

Shila berkata, dia mengesyaki anaknya mempunyai masalah dan tekaannya tepat selepas melakukan pemeriksaan di hospital.

"Seth didiagnos menghidap austime tahap satu.

"Selama ini, naluri saya memang merasakan sesuatu tidak kena pada Seth, antara austime atau sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD)," kata Shila.

Kata Shila, doktor memintanya meneruskan terapi dan menyarankan Seth itu dihantar ke sekolah yang boleh menerima penghidap autisme.

"Bila doktor sudah sahkan barulah saya tahu apa yang boleh dan tak boleh. Sebagai ibu bapa, bila anak disahkan menghidap autisme kita tahulah nak buat apa.

"Jadi, saya mohon doakan Seth dapat membesar dan belajar dengan baik.

"Doakan kami supaya boleh jaga dan didik Seth dengan baik," kata Shila lagi.

Seth adalah anak daripada perkahwinan Shila dengan Haris Edraki pada 2018, namun perkahwinan berakhir dengan perceraian pada 2022.

Shila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial, Ubai Mz pada 5 Ogos tahun lalu.

Mereka dikurniakan anak perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

Sumber: Berita Harian

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok