• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Lereng Gunung Kinabalu runtuh
24 June 2024 | 02:00 PM

Lereng Gunung Kinabalu runtuh

RANAU: Satu kejadian tanah runtuh di kaki Gunung Kinabalu di Mesilau, Kundasang dilaporkan berlaku pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan air Sungai Mesilau yang mengalir ke Sungai Liwagu di Ranau bertukar menjadi berlumpur.

Ia dikatakan hampir sama seperti kejadian banjir lumpur selepas gempa bumi berskala 5.9 skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada Jun 2015.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib, berkata pihaknya menerima maklumat daripada rakaman video yang tular di media sosial pagi tadi.

Susulan itu katanya, sepasukan bomba digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemantauan.

"Pemantauan segera dijalankan berhampiran runtuhan bagi memastikan masyarakat di kawasan berhampiran selamat.

"Pemantauan turut dilakukan bersama dengan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kejadian runtuhan itu tidak membabitkan kerosakan harta benda.

"Bagaimanapun anggota masih menjalankan pemeriksaan berhampiran lokasi runtuhan," katanya.

Sumber: Berita Harian

Oleh Juwan Riduan

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok