• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Album Coldplay guna bahan kitar semula
19 June 2024 | 12:09 PM

Album Coldplay guna bahan kitar semula

London: Album ke-10 Coldplay berjudul Moon Music yang akan dipasarkan pada 4 Oktober depan dihasilkan dengan mengguna bahan kitar semula.

Piring hitam album kumpulan dari London itu diperbuat daripada botol plastik yang sudah digunakan.

Mereka turut menghasilkan sebuah buku nota edisi khas di mana 70 peratus bahannya adalah dari plastik buangan sungai di Rio Las Vacas, Guatemala.

Kumpulan dianggotai Chris Martin (penyanyi), Johny Buckland (gitar), Guy Berryman (bass) dan Will Champion (dram) itu menyatakan pendekatan terbabit akan mengurangkan pembebasan karbon sebanyak 85 peratus dan membendung penghasilan lebih 25 tan plastik.

Coldplay memang diketahui lantang laungkan usaha pemeliharaan alam sekitar dalam setiap aktiviti seni mereka.

Pengeluaran piring hitam kembali rancak sejak lebih sedekad lalu. Namun, bahannya diperbuat daripada paip polivinil klorida (PVC) yang mengambil masa satu abad untuk mereput di tapak pelupusan sampah.

Ramai artis seperti Billie Eilish, Idles, Brent Faiyaz dan Holly Humberstone baru-baru ini turut mengambil inisiatif menghasilkan piring hitam kitar semula yang mesra alam.

Sementara itu, Coldplay kembali bekerjasama dengan penerbit muzik pop tersohor Sweden iaitu Max Martin untuk album kali ini.

Martin pernah terbabit menerbit album mereka iaitu Music Of The Spheres pada 2021.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok