• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 May 2026 | 02:40 PM

Projek Sirung perkukuh peranan syarikat tempatan, bukti keyakinan pelabur terhadap Sarawak

KUCHING – Kerjasama antara PTTEP Sarawak Oil Limited dan Brooke Holding Sdn Bhd (BHSB) dalam Projek Kontrak Penyediaan Perkhidmatan Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) Sirung, mencerminkan perubahan besar hala tuju ekonomi Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek berkenaan menjadi manifestasi usaha Sarawak dalam memperkukuh penglibatan syarikat tempatan dalam sektor strategik bernilai tinggi.

Menurut beliau, penyertaan BHSB dalam projek tersebut membuktikan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap keupayaan syarikat Sarawak untuk terlibat secara langsung dalam pembangunan industri minyak dan gas.

Katanya, Sarawak tidak mahu kekal sekadar sebagai pangkalan sumber, sebaliknya mahu syarikat-syarikat tempatan berkembang dan bersaing dalam sektor yang kompetitif serta berteknologi tinggi.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Menandatangani Kontrak Platform Pengeluaran Sirung PTTEP-BHSB di Kuching, hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Patinggi Abang Johari berkata, kerjasama strategik dengan pemain global seperti PTTEP, membuka ruang kepada pertukaran teknologi, kecemerlangan operasi serta peningkatan keyakinan pelabur terhadap landskap ekonomi Sarawak.

Menurutnya, pembangunan sektor tenaga masa depan tidak lagi bergantung kepada pengeluaran sumber asli semata-mata, sebaliknya perlu disokong oleh pembangunan kepakaran tempatan, inovasi teknologi dan amalan mampan.

Dalam masa sama, beliau menyifatkan pembangunan Sirung sebagai langkah strategik ketika pasaran tenaga global terus berdepan ketidaktentuan akibat ketegangan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan.

Beliau berkata, hasil yang lebih kukuh daripada sektor minyak dan gas, membolehkan kerajaan negeri memperluas pelaburan dalam pembangunan awam termasuk jalan raya, jambatan, bekalan utiliti serta kemudahan sokongan lain, khususnya di kawasan luar bandar.

Tegasnya, manfaat projek seperti Sirung perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas kerana pembangunan industri tenaga mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri secara menyeluruh.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok