Kuala Lumpur - Dewan Negara semalam meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dengan majoriti suara bersetuju, selepas tujuh hari perbahasan dan penggulungan.
Belanjawan 2026, yang merupakan belanjawan keempat di bawah Kerajaan MADANI dan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), memperuntukkan RM470 bilion, termasuk RM338.2 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion untuk pembangunan. I
a turut merangkumi pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (RM30 bilion), kerjasama awam-swasta (RM10 bilion), serta badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (RM10.8 bilion).
Dalam penggulungannya, Amir Hamzah menekankan Belanjawan 2026 mengekalkan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan sosial, dengan fokus kepada kesejahteraan rakyat, pengukuhan ekonomi, dan pengurusan kewangan negara yang mampan.
Belanjawan ini bertemakan "Belanjawan Rakyat", selaras dengan aspirasi Malaysia yang lebih makmur, inklusif, dan berdaya tahan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back