• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 December 2025 | 04:41 AM

Kes Kematian Akibat Denggi Turun 61.3 Peratus – Dr. Dzulkefly

Putrajaya - Kes kematian akibat denggi di negara ini mencatatkan penurunan ketara 61.3 peratus dengan hanya 43 kes direkodkan setakat ini berbanding 111 kes pada tahun lepas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata jumlah keseluruhan kes denggi juga menurun 56.5 peratus kepada 51,046 kes sehingga 6 Disember berbanding 118,291 kes pada 2024.

“Kita berharap angka ini dapat dikekalkan sehingga akhir Disember. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam kawalan denggi,” katanya ketika merasmikan Insektarium Wolbachia Putrajaya di sini semalam, bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Insektarium Wolbachia merupakan fasiliti kedua yang dibangunkan bagi memperkukuh Pelepasan Nyamuk Aedes berWolbachia (WMO), kaedah biologi yang terbukti secara saintifik mampu mengurangkan keupayaan nyamuk menyebarkan virus denggi.

Dr Dzulkefly menegaskan KKM akan terus memperkukuh strategi pencegahan denggi secara bersepadu melalui Pejabat Kesihatan Daerah, pihak berkuasa tempatan, agensi berkaitan, dan komuniti setempat.

“Intervensi ini melengkapi kaedah sedia ada termasuk pemusnahan tempat pembiakan, kawalan kimia dan penglibatan komuniti. Pendekatan ini selaras dengan saranan WHO bagi kawalan vektor yang mampan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok