• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 December 2025 | 04:01 AM

Bekalan Elektrik Sarawak ke Semenanjung Masih Perlukan Kajian Teknikal

Kuching - Cadangan pembekalan tenaga elektrik dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia masih berada pada peringkat dasar dan memerlukan kajian teknikal terperinci sebelum dapat dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, walaupun cadangan tersebut telah mendapat kelulusan secara prinsip, beberapa aspek penting termasuk kajian teknikal dan survei melibatkan Indonesia perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum kajian kebolehlaksanaan dapat dimulakan.

“Buat masa ini, projek ini masih di peringkat dasar. Kelulusan secara prinsip sudah ada, namun kajian teknikal perlu dibuat terlebih dahulu, termasuk survei yang melibatkan Indonesia bagi memaklumkan negara berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ceria Ke Sekolah TNB Edisi P194 Petra Jaya, di sini semalam.

Menurut Fadillah, kajian kebolehlaksanaan projek pembekalan tenaga itu dijangka dapat dilaksanakan pada tahun depan, melibatkan beberapa pihak utama termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Mengulas mengenai penetapan tarif, beliau berkata perkara tersebut masih belum dapat diputuskan kerana ia bergantung kepada hasil kajian terperinci bagi menentukan kos keseluruhan projek, selain rundingan antara TNB dan SEB.

Sebelum ini, media melaporkan Sarawak telah bersetuju secara prinsip untuk membekalkan masing-masing 1,000 megawatt (MW) tenaga hijau kepada Singapura dan Semenanjung Malaysia, sekali gus membuka lembaran baharu kerjasama tenaga rentas sempadan di bawah inisiatif Grid Kuasa ASEAN.

Terdahulu, pada majlis sama, seramai 250 pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Petra Jaya menerima sumbangan kelengkapan persekolahan asas menerusi Program Ceria Ke Sekolah anjuran TNB, sebagai usaha meringankan beban keluarga serta menyokong keperluan pendidikan pelajar.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok