• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 December 2025 | 12:02 PM

Hanifah - AI Jadi Pemangkin Tingkatkan Ekonomi Kraftangan Mukah

Mukah - Industri kraftangan Mukah kini diberi nafas baharu dengan pemanfaatan teknologi digital dan Artificial Intelligence (AI).

Demikian menurut Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen P213 Mukah, Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, ketika menghadiri Kursus Percuma Pemasaran Digital dan AI di SEDC Digital Innovation Hub, pada Ahad 14 Disember.

Dalam ucapannya, Dato’ Hanifah menegaskan bahawa pembuat kraftangan tempatan perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi untuk memastikan kelestarian dan daya saing dalam pasaran.

“Industri kraftangan bukan sekadar tradisi, tetapi ia boleh diperkaya melalui pemasaran digital dan AI bagi membuka peluang baharu serta meningkatkan pendapatan komuniti,” katanya.

Program tersebut sebahagian daripada projek penyelidikan nasional yang diketuai Dr Asmaul Husna Haris Fadzilah dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), dengan kerjasama Kementerian Ekonomi, SDEC, SEDC dan Sarawak Craft Council.

Seramai 40 peserta diperkenalkan kepada teknik pemasaran digital berasaskan AI, termasuk penggunaan media sosial dan penjanaan kandungan kreatif, dengan peluang menerima geran bernilai RM5,000 bagi mereka yang layak.

Dato’ Hanifah menegaskan program sebegini penting untuk melengkapkan peniaga dan pembuat kraftangan dengan kemahiran terkini, sekaligus menjadikan industri tempatan lebih kompetitif dan mampu meningkatkan ekonomi komuniti di Mukah.

Sumber: fb Hanifah Hajar Taib

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok