• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 December 2025 | 07:10 AM

Pejalan Kaki Maut Dilanggar Kereta di Kampung Wireless Miri

MIRI - Seorang pejalan kaki warganegara asing berusia 36 tahun maut selepas dilanggar sebuah kereta di Jalan Kampung Wireless, di sini, pada 12 Disember lalu, kira-kira jam 11.30 malam.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Miri, kejadian berlaku apabila seorang pemandu wanita tempatan berumur 37 tahun, yang datang dari arah Lapangan Terbang Miri menuju ke Krokop, dipercayai melanggar mangsa yang berada di tengah jalan sedang cuba menyeberang ke Kampung Wireless.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Mohd Faizul bin Ab. Rahim di talian 014-8582582 / 085-430479 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memandu dengan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok