• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 December 2025 | 12:02 AM

Festival Krismas Meriah di Mukah: Ribuan Pengunjung Raikan Perpaduan dan Budaya

MUKAH - Lebih 5,000 pengunjung membanjiri Dataran Pehin Setia Raja bagi memeriahkan Perarakan Festival Krismas Mukah Mukah 2025, yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato’ Hanifah Hajar Taib pada Sabtu malam 13 Disember.

Festival yang berlangsung meriah itu menampilkan perarakan sejauh 3 kilometer, diketuai Dato Hanifah dan disertai ribuan peserta daripada 15 kontinjen pelbagai kategori dan latar belakang masyarakat.

Pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan dan hiburan, sekaligus menghidupkan suasana awal sambutan Hari Natal di Mukah.

Inisiatif penganjuran festival tersebut menonjolkan perpaduan kaum di Mukah, yang dihuni lebih 27 etnik dengan kepelbagaian budaya, bahasa dan kepercayaan, namun hidup dalam suasana aman dan harmoni.

Dalam ucapan perasmiannya, Dato Hanifah menegaskan bahawa penerimaan dan penghormatan terhadap kepelbagaian agama, budaya dan perayaan adalah asas penting untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat, sekali gus menjadikan Mukah dan Sarawak sebagai contoh keharmonian sosial bagi negara.

Menurutnya lagi festival itu bukan sahaja menyemarakkan semangat perayaan, tetapi juga menggalakkan masyarakat daripada pelbagai lapisan umur untuk bersama-sama meraikan budaya secara inklusif dan aman.

Sumber: fb Hanifah Hajar Taib

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok