MUKAH - Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato’ Hanifah Hajar Taib, merasmikan Mukah Christmas Fun Run sempena Christmas Festival Parade Mukah, pada Sabtu 13 Disember.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini, program bermula pada 6:50 pagi dengan aktiviti senaman badan dan senamrobik sebelum pelepasan peserta bagi kategori 3KM dan 5KM, yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat setempat.
Dato Hanifah turut menyalurkan sumbangan RM75,000 bagi menjayakan pelbagai aktiviti festival, sambil menekankan kepentingan program sedemikian dalam memupuk gaya hidup sihat, kesejahteraan rakyat dan keharmonian masyarakat majmuk.
Katanya, Fun Run itu juga mencerminkan semangat perpaduan dan kebersamaan masyarakat Mukah dalam menyambut perayaan secara inklusif dan sihat.
Sumber: fb Hanifah Hajar Taib
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back