KUCHING - Polis Kuching menahan empat lelaki tempatan dalam Op Bersepadu Pusat Hiburan ke tiga premis di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce dan Jalan Padungan kerana gagal mengemukakan permit dan menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen sah.
Menurut hantaran di Facebook rasmi Polis Daerah Kuching hari ini, serbuan itu melibatkan pemeriksaan 62 individu; dua premis di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce diperiksa 36 orang, manakala premis di Jalan Padungan diperiksa 26 orang. Beberapa peralatan muzik turut dirampas oleh pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu menegaskan, pihaknya akan terus memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan bagi memastikan semua premis hiburan mematuhi peraturan, termasuk memiliki lesen sah dan mematuhi waktu operasi ditetapkan.
Sumber: fb Polis Daerah Kuching
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back