BANGKOK - Jaguh renang negara, Khiew Hoe Yean, mengatasi tekanan dan rasa gugup untuk mempertahankan gelaran 200 meter gaya bebas lelaki, sekali gus melengkapkan emas hatrik beliau pada Sukan SEA 2025 dengan catatan 1:48.64s di Kolam Renang Sports Authority of Thailand.
Hoe Yean menewaskan pencabar terdekat dari Vietnam, Tran Van Nguyen Quoc (1:48.70s), manakala rakan sepasukan Arvin Shaun Singh Chahal meraih gangsa (1:50.43s) untuk pingat individu pertama beliau di Sukan SEA.
Atlet berusia 23 tahun itu berkata kunci kejayaan adalah mengubah rasa gugup menjadi keterujaan sepanjang perlumbaan.
Dalam penampilan terakhirnya di temasya dwitahunan ini, Phee Jinq En menutup karier cemerlangnya dengan pingat perak 100m kuak dada wanita (1:10.09s) dan akan bersara selepas baki acara 4x100m rampaian wanita pada Isnin ini.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back