• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 December 2025 | 09:16 PM

Sukan Sea 2025: Malaysia Kekal Tanpa Kalah, Raih Emas Kriket T20 Lelaki

BANGKOK - Pasukan kriket lelaki Malaysia mencipta sejarah apabila merangkul pingat emas pertama acara T20 pada Sukan SEA 2025, selepas mengekalkan rekod tanpa kalah, menewaskan Singapura enam wiket dalam perlawanan terakhir di Padang Kriket Terdthai.

Malaysia, yang mengutip lapan mata penuh hasil kemenangan keempat daripada empat perlawanan, menamatkan saingan liga satu pusingan sebagai juara, sekali gus menebus kegagalan meraih emas pada edisi 2017 dan 2023.

Dalam perlawanan final, Malaysia yang memulakan balingan terlebih dahulu mengekang Singapura kepada 110 larian dalam 19.3 over sebelum memburu sasaran dengan selesa, 111 larian dalam 11.4 over.

Sebelum ini, Malaysia memulakan kempen dengan kemenangan 114 larian ke atas Filipina, diikuti kemenangan tujuh wiket menentang Indonesia dan menundukkan Thailand lapan wiket semalam.

Filipina membawa pulang perak dengan enam mata manakala Singapura, juara 2017, terpaksa berpuas hati dengan gangsa.

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok