BANGKOK - Atlet judo negara, Amir Daniel Abdul Majeed, mencipta detik manis apabila menghadiahkan pingat emas pertama buat kem judo Malaysia pada Sukan SEA 2025 selepas menjuarai kategori bawah 81 kilogram (kg) lelaki, hari ini.
Atlet berusia 21 tahun itu tampil penuh bersemangat untuk menewaskan wakil Filipina, Ferrer John Viron, pada aksi final yang berlangsung di Rajamangala Auditorium, Rajamangala University of Technology Thanyaburi.
Kejayaan itu hadir selepas Amir Daniel menyingkirkan wakil Indonesia, Hartato Diki, pada peringkat separuh akhir.
Pingat emas tersebut menjadi pencapaian terbaik Amir Daniel di pentas Sukan SEA selepas sebelum ini hanya meraih pingat gangsa kategori bawah 73kg pada dua edisi lalu.
Sementara itu, kem judo negara turut menambah koleksi pingat apabila Nor Izzatul Fazlia Mohamad Tahir menyumbang pingat gangsa dalam kategori atas 78kg wanita.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back