BANGKOK - Latihan intensif sejak Jun lalu membuahkan hasil apabila trio wusyu wanita negara, Lo Ying Ting, Mandy Cebelle Chen dan Sydney Chin Sy Xuan, menghadiahkan pingat emas pertama buat sukan wusyu Malaysia pada Sukan SEA Thailand 2025 menerusi acara Duilian tanpa senjata, hari ini.
Beraksi di Kompleks Kerajaan Chaeng Watthana, gandingan mantap tiga atlet negara itu memukau juri dengan persembahan formasi kemas dan bertenaga untuk mengumpul 9.633 mata, sekali gus menewaskan pencabar dari tiga negara lain. Indonesia meraih perak dengan 9.620 mata, manakala Filipina membawa pulang gangsa selepas mengutip 9.590 mata.
Mandy berkata komitmen menjalani latihan bersama secara konsisten, termasuk tiga sesi latihan intensif sehari, menjadi kunci kejayaan mereka meraih emas sulung wusyu negara pada temasya kali ini.
Sementara itu, dalam saingan lelaki acara Duilian bersenjata, trio Si Shin Peng, Bryan Ti Kai Jie dan Clement Ting terpaksa berpuas hati di tempat keempat selepas mengumpul 9.716 mata.
Pingat emas dimenangi Thailand, diikuti Indonesia (perak) dan Brunei (gangsa).
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back