KUCHING - Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dengan kerjasama Artist Hairdressing menganjurkan program amal bertemakan “Love is in the Hair – Bringing Comfort, Confidence, and Cheer” bagi meraikan warga emas di Home of Peace sempena sambutan Krismas.
Program itu turut menyaksikan penggaya rambut dari Artist Hairdressing tampil secara sukarela memberikan potongan rambut percuma kepada 45 penghuni Home of Peace.
Selain itu, BCCK turut menyumbangkan pelbagai barangan keperluan asas serta menyediakan jamuan makan tengah hari istimewa untuk para penghuni.
Ketua Pegawai Operasi BCCK, Rayner Simon, dalam satu kenyataan hari ini berkata program berkenaan membuktikan bahawa tindakan mudah seperti berbual, berkongsi makanan atau memberi potongan rambut mampu membawa keceriaan kepada warga emas.
Beliau berharap lebih ramai individu dan organisasi tampil menghulurkan sokongan kepada Home of Peace kerana setiap sentuhan kebaikan memberi makna besar kepada para penghuni.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back