MIRI - Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri komponen motosikal sekitar daerah ini.
Tangkapan dilakukan dalam satu operasi khas yang diketuai oleh ASP Goldy Anak Jangan, Ketua Polis Balai Miri, bersama sepasukan anggota CPJ Balai Polis Pusat Miri pada kira-kira 9.40 Rabu malam 10 Disember, di kawasan sekitar bandar Miri.
Menurut polis, hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan sebuah motosikal yang didapati menggunakan enjin motosikal curi, dipercayai berkait dengan siri kes curi komponen motosikal yang dilaporkan sebelum ini.
Suspek kini direman di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman berat terhadap kesalahan mencuri kenderaan bermotor.
Pihak polis turut menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada dan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah, serta segera menyalurkan maklumat mencurigakan bagi membantu usaha membanteras jenayah di Miri.
Sumber: fb Polis Daerah Miri
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back