• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

11 December 2025 | 11:36 AM

Operasi Imigresen Kuching Tahan 71 PATI dalam Serbuan Besar-Besaran

KUCHING - Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching berjaya menahan 71 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di beberapa kawasan bandar, termasuk Muara Tuang, Matang Jaya, Kota Sentosa dan Taman Berjaya, Batu 4.

Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS) dalam satu kenyataan berkata, operasi yang melibatkan 31 pegawai itu bermula pada awal pagi 9 Disember dan berakhir keesokan harinya sekitar jam 6 pagi, dengan pemeriksaan menyeluruh dijalankan di premis kediaman dan perniagaan yang dikenal pasti. Semua yang ditahan didapati melanggar Akta Imigresen 1959/63.

JIMS berkata, tindakan tegas tersebut mencerminkan komitmen Bahagian Penguatkuasa Imigresen dalam memastikan pematuhan undang-undang serta membanteras aktiviti berkaitan PATI.

Majikan dan pemilik premis diingatkan mematuhi prosedur penggajian pekerja asing, manakala orang awam digalakkan menyalurkan maklumat kehadiran PATI bagi membantu usaha penguatkuasaan berterusan.

Operasi seperti ini dijangka akan diteruskan bagi mengekang kemasukan dan keberadaan individu yang melanggar peraturan imigresen di Sarawak.

Sumber: fb Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok