• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

11 December 2025 | 11:16 AM

Hujan Lebat Tenggelamkan Ribuan Khemah di Gaza, Ancaman Krisis Kemanusiaan

GAZA CITY/ISTANBUL - Hujan lebat sejak Rabu menenggelamkan ribuan khemah menempatkan orang awam di Gaza, dengan paras air mencecah lebih 40 sentimeter di beberapa lokasi, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap Pertahanan Awam, Mahmoud Basal, memberi amaran bahawa lebih 250,000 keluarga di kem pelarian terdedah kepada cuaca sejuk dan limpahan air hujan, manakala bantuan kemanusiaan masih jauh daripada mencukupi bagi memenuhi keperluan 2.4 juta penduduk.

Keruntuhan infrastruktur turut memburukkan keadaan, termasuk tujuh daripada lapan stesen pam kumbahan utama musnah akibat serangan Israel, mengurangkan keupayaan sistem pemindahan air sebanyak 80 peratus.

PBB menganggarkan kos pembinaan semula Gaza mencecah kira-kira US$70 bilion selepas perang yang meragut lebih 70,000 nyawa rakyat Palestin.

Jurucakap itu menyeru tindakan segera komuniti antarabangsa serta penyediaan rumah mudah alih dan khemah gantian untuk melindungi penduduk daripada bencana kemanusiaan yang semakin serius.

Sumber: BERNAMA-XINHUA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok