KUCHING - Kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, menyerikan Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Hari Krismas di Kuching, pada Rabu malam, 11 Disember.
Majlis berprestij itu mencerminkan semangat perpaduan dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak, khususnya dalam meraikan perayaan keagamaan secara bersama.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan isteri meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu, termasuk pemimpin masyarakat dan ketua-ketua agama Kristian, sekali gus menzahirkan sokongan terhadap toleransi beragama dan keharmonian komuniti.
Hadir sama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama isteri, Datin Amar Enn Ong Seok Ean, Pengarah UNIFOR Datu Georgina Apphia Ngau, Pengerusi Association of Churches in Sarawak Bishop Donald Jute serta tetamu kehormat lain.
Majlis tersebut sekali lagi menegaskan komitmen negeri ini dalam memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang agama.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back