LONDON - Noni Madueke muncul wira Arsenal apabila menjaringkan dua gol untuk membantu The Gunners menewaskan Club Brugge 3-0, mengekalkan rekod sempurna dan hampir memastikan slot ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.
Pengurus Mikel Arteta yang membuat lima pertukaran selepas kekalahan kepada Aston Villa, melihat hasilnya apabila Madueke membuka jaringan dengan rembatan padu dari 20 ela yang singgah ke dalam gawang selepas terkena palang.
Club Brugge cuba bangkit sebelum rehat, namun dua penyelamatan cemerlang David Raya mengekalkan kelebihan Arsenal.
Madueke menambah gol kedua hanya dua minit selepas separuh masa kedua bermula hasil hantaran Martin Zubimendi, sebelum Gabriel Martinelli menyempurnakan kemenangan dengan penyudah lengkung menarik pada minit ke-56.
Arsenal turut menerima berita menggembirakan apabila Gabriel Jesus kembali beraksi selepas 342 hari pulih daripada kecederaan ACL, manakala pemain muda 16 tahun, Marli Salmon, melakukan debut sulungnya.
Kemenangan tersebut meletakkan Arsenal dengan 18 mata, hampir pasti mengelak aksi play-off pada Februari dan bersedia untuk beraksi di pusingan 16 terbaik.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back