KUCHING - Seramai 140 mangsa daripada 59 keluarga kini berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Miri dan Subis selepas hujan berterusan menyebabkan banjir dan kejadian tanah runtuh.
Menurut maklumat infografik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak pagi ini, di Miri, satu PPS dibuka melibatkan mangsa dari Kampung Pujut Tanjung Batu yang terjejas banjir serta penduduk Kampung Lusut Jaya, Taman Tunku akibat tanah runtuh, membabitkan 3 keluarga dan 56 mangsa.
Sementara itu, dua PPS di Subis menempatkan 56 keluarga dengan 132 mangsa, khususnya dari Kampung Angus, Kampung Dagang dan kawasan Daerah Subis, dengan salah satu lokasi mencatat peningkatan jumlah mangsa.
Setakat jam 8 pagi, semua PPS masih beroperasi dan keadaan cuaca dipantau rapat oleh pihak berkuasa.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back