LUBOK ANTU - Seorang lelaki tempatan berusia awal 30-an ditangkap dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Task Force IPD Lubok Antu di pekan Lubok Antu, Sarawak, petang Selasa 9 Disember kerana memiliki dadah.
Menurut kenyataan IPD Lubok Antu di Facebook rasminya, pemeriksaan pihak menemui sebatang straw lutsinar berjalur merah mengandungi ketulan kristal disyaki Methamphetamine seberat 0.15 gram.
Katanya, ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif Ketamine, selain mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat mengenai kegiatan dadah melalui Hotline JSJN Bukit Aman (012-208 7222) atau Hotline JSJN IPK Sarawak (017-592 9211).
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back