• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

11 December 2025 | 05:08 AM

Operasi Trafik IPD Kuching, 49 Saman Dikeluarkan

KUCHING - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kuching mengadakan operasi trafik di beberapa lokasi utama bandar raya Kuching pada Rabu 11 Disember, bagi memastikan pemandu mematuhi undang-undang jalan raya dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan.

Operasi yang dijalankan dari 9.30 pagi hingga 11.30 pagi itu merangkumi kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Jalan HUS, Jalan Hup Kee, King Centre, Jalan Wan Abdul Rahman dan Jalan Borneo.

Menurut kenyataan Polis Daerah Kuching di laman Facebook rasminya, sepanjang operasi, pihak polis memeriksa 50 kenderaan dan 61 individu, manakala 49 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Katanya, kesalahan yang paling kerap dicatat termasuk mengabaikan isyarat lalu lintas dan parkir di laluan pejalan kaki. Tiada tangkapan atau sitaan direkodkan sepanjang operasi.

Menurut pihak BSPT, operasi sedemikian penting bagi mendidik pemandu supaya mematuhi peraturan, selain memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok