MIRI - Keadaan banjir dan tanah runtuh di Miri terus terus memerlukan pemantauan rapi apabila 163 mangsa kini ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS), dengan jumlah mangsa di SK Kg Angus meningkat, setakat jam 8 malam Rabu, 10 Disember.
Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak, PPS yang dibuka termasuk Dewan Bulan Sabit Merah (33 mangsa), SK Kg Angus (23 mangsa, meningkat) dan SK Suai Niah (103 mangsa), dengan trend pemindahan mangsa dilaporkan meningkat berikutan limpahan air dan risiko tanah runtuh yang masih tinggi.
Pihak berkuasa negeri terus memantau keadaan dan menggerakkan bantuan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan penduduk terjejas.
Sumber: Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back