KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi turun dua sen seliter kepada RM3.27 dan RM2.64 seliter, manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia turut turun dua sen kepada RM3.06 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 Disember.
Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter, manakala petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter.
Kementerian Kewangan menegaskan kerajaan akan terus memantau pasaran minyak dan menyesuaikan harga runcit mingguan melalui Mekanisme Harga Automatik, bagi memastikan kestabilan harga serta kesejahteraan rakyat.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back