KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya ‘Award Akhir’ yang dikeluarkan penimbang tara Gonzalo Stampa pada 28 Feb 2022 dan mengarahkan penuntut Sulu membayar kos €200,000 kepada Malaysia, selepas mendapati Stampa tiada bidang kuasa kerana tiada perjanjian timbang tara yang sah mengikat negara.
Keputusan rasmi yang diterima Malaysia pada 10 Disember itu menamatkan cubaan penuntut Sulu dan pembiaya litigasi mereka, Therium, untuk menuntut wang dan aset negara secara tidak berasas.
Kerajaan menegaskan akan terus mempertahankan kedaulatan, imuniti dan kepentingan negara terhadap sebarang tindakan undang-undang selanjutnya.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan Paris menolak pengiktirafan dan pelaksanaan ‘Partial Award’ pada 6 Jun 2023, keputusan yang disahkan Mahkamah Agung Perancis pada 6 Nov 2024.
Kes ini bermula apabila lapan warganegara Filipina yang mendakwa waris Kesultanan Sulu menuntut pampasan berbilion dolar berhubung Sabah, dengan Stampa dilantik sebagai penimbang tara secara tidak sah pada Mac 2019 dan mengeluarkan award USD14.9 bilion pada Feb 2022 yang kini dibatalkan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back