KUCHING - Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memulakan lawatan kerja rasmi selama empat hari ke China dengan tiba di Nanjing pada Rabu 10 Disember, bagi menyaksikan pemeteraian MOU antara PETROS dan China Jiangsu International Economic and Technical Cooperation Group Ltd (CJI) serta sesi libat urus bersama Jiangsu Provincial People’s Government.
Lawatan itu termasuk sesi berimpak tinggi di Suzhou Industrial Park (SIP), hab pembangunan industri, teknologi dan inovasi terkemuka di China, diikuti pertemuan rasmi dengan jawatankuasa pentadbiran SIP dan lawatan ke syarikat-syarikat utama, sebagai rujukan bagi membangunkan model ekonomi Sarawak berasaskan teknologi dan tenaga hijau.
Lawatan rasmi ini turut disertai Pengerusi PETROS Tan Sri Hamid Bugo dan Timbalan Menteri Utiliti Sarawak Datuk Ibrahim Baki, sebelum Abang Johari dijangka pulang pada Sabtu.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back