• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 December 2025 | 03:22 PM

Ketegangan Sempadan Paksa Kemboja Tarik Diri Dari Sukan Sea Thailand

PHNOM PENH - Kontinjen Kemboja menarik diri sepenuhnya daripada Sukan SEA ke-33 di Thailand atas faktor keselamatan susulan ketegangan sempadan yang kembali mencetuskan pertempuran antara pasukan tentera kedua-dua negara.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kemboja (NOCC), Vath Chamroeun berkata, keputusan drastik itu dibuat selepas keluarga atlet mendesak agar ahli keluarga mereka dibawa pulang segera, sekali gus memaksa NOCC mengatur kepulangan lebih 300 atlet yang awalnya disahkan menyertai 21 acara, namun dikurangkan kepada 13 sukan menjelang hujung November.

Menurut NOCC, permohonan maaf telah disampaikan kepada penganjur dan semua pihak terlibat atas penarikan awal tersebut, yang dibuat ketika temasya baharu sahaja dibuka secara rasmi di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Selasa malam.

Ketegangan sempadan Kemboja–Thailand kembali memuncak sejak insiden konfrontasi ketenteraan di wilayah utara Kemboja pada Julai lalu, walaupun kedua-dua negara telah menandatangani gencatan senjata di Kuala Lumpur pada 24 Julai dan memuktamadkan Perjanjian Damai KL pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Oktober lalu.

Bagaimanapun, pertempuran tercetus semula Isnin lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang awam Kemboja dan memaksa lebih 6,000 penduduk di kawasan sempadan dipindahkan.

Sukan SEA Thailand berlangsung dari 9 hingga 20 Disember.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok