KUALA LUMPUR - Kegagalan menjelaskan saman tertunggak tidak menjejaskan kelayakan seseorang untuk menikmati subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95), kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Beliau menegaskan saman tertunggak dan kelayakan subsidi BUDI95 adalah dua mekanisme berasingan yang tidak mempunyai kaitan automatik.
“Untuk memohon atau terus menikmati subsidi BUDI95, pemohon mestilah warganegara Malaysia melalui MyKad dan memiliki lesen memandu aktif, sama ada masih sah atau tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun,” katanya.
Loke turut menasihati orang ramai supaya terus mematuhi undang-undang trafik bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan beberapa portal yang mendakwa individu gagal menjelaskan saman akan hilang kelayakan BUDI95, yang disifatkannya tidak tepat.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM Umobile
Back