• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 December 2025 | 01:11 PM

Kes Penipuan “Phone Scam” di Kuching, Mangsa Rugi RM92,100

KUCHING - Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching sedang menyiasat satu kes penipuan atas talian jenis “phone scam” membabitkan seorang wanita tempatan berusia 61 tahun yang mengalami kerugian sebanyak RM92,100.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku pada 3 November 2025 apabila mangsa dihubungi individu tidak dikenali yang mengaku dari Kastam, menyatakan terdapat barang milik mangsa bernilai RM7 juta dirampas di Kuala Lumpur.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, suspek kemudian menyambungkan panggilan kepada seorang wanita yang mengaku dari Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA), meminta mangsa memindahkan wang ke tiga akaun berbeza melalui 19 transaksi.

Katanya, mangsa menyedari ditipu hanya selepas diminta membayar lagi untuk “menyelesaikan kes”.

ACP Alexson memberitahu, sejak 1 Januari hingga 9 Disember 2025, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Kuching telah membuka 98 kertas siasatan berkaitan modus operandi sama, dengan kerugian keseluruhan mencecah RM6.96 juta, termasuk kes terbaru ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga sepuluh tahun, sebatan, dan denda jika sabit kesalahan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai  untuk tidak panik, menamatkan panggilan mencurigakan, tidak mendedahkan maklumat peribadi atau perbankan, serta menghubungi balai polis berhampiran atau menyemak nombor akaun/nombor telefon di portal rasmi PDRM https://semakmule.rmp.gov.my.

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dibuat melalui Hotline JSJK Sarawak di talian 011-62890089 atau e-mel kjsjkswk@rmp.gov.my, serta Hotline 997 National Scam Response Center (NSRC) yang beroperasi 24 jam.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok