BEKENU, Miri - Mayat kedua dua remaja lelaki warga Indonesia yang dilaporkan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di parit Ladang Surai, Simpang Lapok, Jalan Beluru–Long Teru, ditemui hari ini.
Komander Operasi memaklumkan bahawa mayat Irfan, 18 tahun ditemukan orang awam selepas air surut pada jarak kira-kira 150 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hanyut.
Mangsa kemudian dibawa ke kuarters pekerja sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Jasad Irfan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.
Semalam, kedua-dua mangsa bersama beberapa rakan dilaporkan sedang mandi di parit kawasan ladang berkenaan sebelum mereka dihanyutkan arus deras.
Salah seorang mangsa, Aidil, 20 tahun ditemukan penduduk dalam keadaan tidak bernyawa.
Susulan penemuan mayat kedua hari ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back