MILAN - Dominik Szoboszlai muncul wira Liverpool apabila menyempurnakan penalti minit ke-88 untuk membawa pasukannya menewaskan Inter Milan 1-0 dalam aksi Liga Juara-Juara yang penuh dramatik di San Siro.
Perlawanan itu menyaksikan ketiadaan Mohamed Salah, yang dikecualikan daripada skuad selepas mendakwa hubungannya dengan pengurus Arne Slot retak.
Dengan ketiadaan bintang Mesir itu, Szoboszlai tampil menentukan nasib perlawanan selepas Alessandro Bastoni didapati menarik baju Florian Wirtz di dalam kotak penalti, hasil semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).
Kemenangan itu menamatkan rentetan sembilan kekalahan dalam 12 perlawanan, dan Slot kini mencatat empat perlawanan tanpa kalah.
Dengan 12 mata daripada enam perlawanan, Liverpool melangkah ke lapan teratas peringkat kumpulan, menjamin tempat automatik ke pusingan 16 terakhir.
Inter pula jatuh ke kedudukan kelima, sambil menanggung kekalahan pertama di San Siro sejak September 2022.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back