MIRI - Empat lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terperangkap dalam banjir di Jalan Penerangan, Sepupok, Niah, sebelum pasukan bomba bertindak pantas menyelamatkan mereka pada Rabu pagi, 9 Disember.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada 9.09 pagi, dan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, diketuai PBK I Awang Azwan, segera digerakkan ke lokasi.
Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati tiga rakyat tempatan dan seorang warga Indonesia berusia 26 hingga 44 tahun berada di atas kenderaan mereka yang dikelilingi air selepas laluan berkenaan ditenggelami banjir.
“Mangsa yang berada di kawasan tersebut atas urusan tugas syarikat dipindahkan ke lokasi selamat di Jambatan Simpang Sepupok menggunakan bot bomba,” menurut kenyataan itu.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back