KUCHING - Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 9.30 malam tadi untuk memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Kuching.
Baginda diiringi Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah dan disambut oleh isteri Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datin Dayang Halimah Abang Paul, bersama beberapa kenamaan lain.
Sepanjang lawatan, baginda dijadual merasmikan program ‘Sense of Malaysia’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pagi ini diikuti pelancaran Ekspo Festival Tekstil Antarabangsa Borneo (BITF) 2025 di Muzium Budaya Borneo pada sebelah petang.
Pada malamnya, baginda berangkat ke majlis pelancaran rasmi BITF 2025 di Hotel Pullman Kuching.
Pada Isnin, baginda menghadiri Seminar BITF 2025 di hotel yang sama sebelum melawat Juma’ani Pavilion sempena ulang tahun ketiga hab fesyen Borneo tersebut.
Baginda dan rombongan dijadual berangkat pulang ke Pahang pada Selasa.
Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back