KUCHING – Dua kanak-kanak perempuan, masing-masing berusia 5 tahun, dilaporkan hilang di Kampung Pasir Pandak semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan itu sekitar jam 8 malam
Mangsa pertama, Humaira Qalesya Mohd Dir, kali terakhir dilihat memakai baju labuh hoody putih dan selipar ungu.
Manakala mangsa kedua, NurAshafieyah Aisyah Abdul Nasri Asrafie pula memakai T-shirt belang putih hitam, seluar jean biru dan selipar hijau.
Menurut keluarga, kedua-dua kanak-kanak tersebut keluar menuju ke rumah nenek mereka pada 9 pagi yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah, untuk bermain bersama sepupu.
Namun, pada 11 pagi, bapa kepada salah seorang mangsa menyedari kedua-duanya tidak berada di lokasi permainan.
Usaha pencarian awal dilakukan oleh keluarga di sekitar kampung tetapi gagal menemukan mereka.
Pihak Bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM), penduduk kampung dan agensi berkaitan kemudian melancarkan pencarian di sekitar kawasan pantai berhampiran rumah mangsa, namun masih tiada sebarang petunjuk.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan jam 11.40 malam dan disambung semula pagi ini.
Back