PADAWAN – Seorang wanita berusia 57 tahun dilaporkan hilang di Lorong 4, Kampung Singaie/Simpok, sejak semalam.
Menurut ahli keluarga, mangsa dikenali sebagai Aron Rajak dan dilaporkan hilang ketika keluar ke kebun sekitar jam 12.30 tengah hari.
Kali terakhir beliau dilihat memakai singlet putih dan sarung kain.
Pihak keluarga memaklumkan bahawa mangsa turut mengalami masalah mental.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan meliputi kawasan dalam radius 2 kilometer sekitar kebun mangsa serta kebun bersebelahan.
Namun sehingga 10.30 malam semalam, tiada sebarang petunjuk baharu atau penemuan berkaitan mangsa ditemui.
Usaha SAR disambung semula hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back