ABU DHABI - Lando Norris, Max Verstappen dan Oscar Piastri akan bertemu dalam pertarungan juara di perlumbaan terakhir Formula 1 musim ini di Abu Dhabi selepas Verstappen memenangi Grand Prix Qatar yang penuh dramatik.
Kemenangan Verstappen berpunca daripada strategi McLaren yang mengejutkan semasa safety car awal, yang akhirnya memberi kelebihan kepada pelumba Red Bull itu dan menafikan peluang kemenangan Piastri.
Dengan kemenangan ini, Verstappen mencatat tujuh kemenangan musim ini, sama seperti Norris dan Piastri.
Piastri berada di tempat kedua manakala Norris menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas menewaskan Kimi Antonelli pada pusingan kedua terakhir, menambah dua mata tambahan.
Selepas perlumbaan di Qatar, Norris kini mendahului dengan 12 mata kelebihan ke atas Verstappen, yang berada empat mata di hadapan Piastri menjelang perlumbaan penentu di Yas Marina pada 5 hingga 7 Disember.
Untuk menjuarai gelaran, Norris perlu menamatkan sekurang-kurangnya tempat ketiga jika Verstappen memenangi perlumbaan di Abu Dhabi.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back