SARIKEI - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sarikei melaksanakan Operasi Harian/Gempur Kenderaan Perdagangan dengan rondaan penguatkuasaan dan pemantauan di sekitar pusat bandar, memeriksa 124 kenderaan sepanjang operasi pada 27 November lalu.
Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, tiada Lesen Memandu Vokasional, cukai jalan tamat tempoh, ketiadaan perlindungan insurans serta kesalahan teknikal kenderaan yang berisiko menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.
Semua kesalahan telah diambil tindakan mengikut lunas undang-undang.
JPJ Sarawak menegaskan operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara konsisten bagi memastikan pengendali kenderaan perdagangan mematuhi peraturan.
Orang ramai turut diseru memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat dan lengkap dokumen sah bagi mengelak risiko kemalangan serta tindakan undang-undang.
Sumber: fb JPJ Negeri Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back