KOTA SAMARAHAN - Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak Cawangan Samarahan (ACSSB) akan menganjurkan Perarakan dan Sambutan Krismas pada Ahad, 7 Disember ini.
Perarakan akan bermula pada jam 6 petang dari Gereja St Francis’ menuju ke Pasaraya Farley Kota Samarahan, sebelum program diteruskan dengan persembahan muzik, koir serta penyertaan pancaragam Boys’ & Girls’ Brigade dan Pathfinders.
Antara gereja yang mengambil bahagian ialah Gereja Roman Katolik, Gereja Anglikan, Gereja Methodist, Gereja BEM (SIB), Gereja Seventh-Day Adventist, Kota Samarahan Baptist Church, Gereja Presbyterian Malaysia dan Sarawak Reformed Presbyterian Church.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back