SIBU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu melaksanakan Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar bandar ini pada Ahad 30 November, bagi memastikan kenderaan perdagangan mematuhi undang-undang, khususnya yang berisiko menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.
Operasi tersebut turut mendapat perhatian Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili, yang hadir memberikan sokongan moral serta meninjau keberkesanan penguatkuasaan di lapangan, sekali gus meningkatkan motivasi anggota yang bertugas.
JPJ Negeri Sarawak dalam hantaran di Facebook rasminya berkata, dalam operasi sama, pasukan penguat kuasa JPJ bertindak segera selepas menerima aduan awam mengenai beberapa lori yang meletakkan kenderaan di kawasan larangan.
Respons pantas itu mencerminkan komitmen JPJ untuk memastikan setiap aduan tidak diabaikan demi keselamatan pengguna jalan raya.
JPJ Sarawak merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang terus menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang jalan raya dan menegaskan kerjasama berterusan ini penting dalam memperkukuh ekosistem keselamatan negeri.
JPJ turut menekankan komitmen untuk meneruskan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara.
Sumber: fb JPJ Negeri Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back