SARATOK - Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Saratok mencatat prestasi cemerlang sepanjang 2025 dengan melaksanakan 84 operasi bersepadu termasuk Operasi Motosikal, Kenderaan Berat, Pematuhan Lalulintas dan Operasi Pelbagai.
Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew Manggie dalam satu kenyataan semalam berkata, sepanjang tahun ini, BSPTD mengeluarkan 1,351 saman PDRM (K), termasuk 257 oleh anggota trafik bertugas dan 18 Notis Pemberitahuan Saman PDRM (K) 170.
Beliau berkata, kes kemalangan jalan raya menurun kepada 82 kes, dengan 5 kes di bawah Seksyen 41(1) dan 3 kes Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala 74 kes melibatkan kesalahan Kaedah Pengangkutan Jalan 1959.
DSP Mathew menegaskan fokus BSPTD ialah mengurangkan kemalangan jalan raya serta mendidik orang awam mematuhi undang-undang.
Ujarnya lagi, operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan dengan kerjasama agensi lain seperti JPJ, JAS dan PBT bagi memastikan keselamatan dan pematuhan jalan raya.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back