• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

01 December 2025 | 09:16 AM

Banjir di Semenanjung Kian Pulih, Mangsa di PPS Menurun Drastik

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Semenanjung semakin pulih susulan cuaca bertambah semalam, dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) lapan negeri terjejas menurun kepada 14,888 orang malam tadi, berbanding 18,731 orang petang semalam.

Di Perlis, mangsa berkurangan kepada 3,009 orang selepas tiga PPS ditutup, manakala Perak mencatat penurunan mendadak kepada 4,840 orang di 30 PPS selepas beberapa pusat ditutup.

Kedah hanya menempatkan 342 mangsa di dua PPS, namun Sungai Bata di negeri itu melepasi paras amaran dengan bacaan 10.241 meter.

Di Selangor, 2,789 mangsa masih berlindung di 30 PPS di empat daerah, manakala di Kelantan, jumlah mangsa menurun kepada 940 orang di lima PPS.

Pahang mencatat penurunan ketara kepada 585 mangsa, tetapi beberapa sungai utama termasuk Sungai Pahang di Triang dan Kuala Krau kekal pada paras bahaya.

Terengganu merekodkan 2,018 mangsa di 58 PPS, dengan Sungai Paka dan beberapa stesen lain melepasi paras bahaya atau amaran.

Di Negeri Sembilan, hanya 89 mangsa masih ditempatkan di dua PPS di Port Dickson.

Pihak berkuasa terus memantau keadaan sungai dan memastikan keselamatan penduduk di kawasan terjejas.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok