KUALA LUMPUR - Sabah FC mencipta sejarah mara ke final Piala FA buat kali pertama selepas menewaskan Selangor FC 5-4 melalui penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 5-5 secara agregat di separuh akhir kedua di Stadium MBPJ Ahad malam, 30 Nov.
Perlawanan sengit itu menyaksikan kedudukan 3-3 selepas 120 minit, selain satu kad merah kepada pemain Selangor, Diarra Mamadou.
Penjaga gol Damien Lim menjadi wira Sabah dengan menyelamatkan dua penalti penting, menebus kegagalan rakan sepasukan Ajdin Mujagic sebelum ini.
Sepanjang perlawanan, kedua-dua pasukan bergantian mendahului, dengan gol-gol daripada Mohamad Faisal, Chrigor Moraes, Dane Ingham dan Mujagic memastikan perlawanan terikat sehingga penentuan penalti.
Di final, Sabah FC bakal menentang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mara selepas mengalahkan Kuching City FC 4-1 secara agregat.
Gol daripada Bergson Da Silva dan Eddy Israfilov memastikan JDT terus berpeluang mempertahankan Piala FA buat kali keempat berturut-turut.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back